Santan kelapa merupakan
air perahan dari
kelapa tua yang dikukur.
Santan mempunyai rasa lemak dan digunakan sebagai perasa yang menyedapkan
masakan. Pada masa dahulu, santan akan diperah dari
kelapa yang dikukur/diparut dan dicampur dengan
air panas sebelum diperah.
Pada masa kini, terdapat mesin pemerah santan bagi memerah santan dengan cara yang bersih, banyak dan pantas. Bagi penggunaan mesin, kelapa yang diparut tidak perlu dicampurkan dengan air, dan pati santan yang terhasil adalah 100% tulen. Terdapat juga santan segera dalam paket yang cuma perlu ditambah air panas sebelum digunakan.Kaedah proses santan yang kami gunakan adalah dengan memilih kelapa yang baik dan dipatik(dibuang) tempurung.Kekuatan syarikat dapat menghasilkan 400kg santan sehari.
Hampas kelapa yang terhasil boleh diproses sebagai makanan haiwan ternakan seperti ikan, ayam dan lain-lain.
Antara Kelapa Bulat Yang Digunakan Dalam Proses Membuat Santan .
-Kelapa Yang Telah Dipilih ,Seterusnya Buah Kelapa Dipatik (dibuang) Tempurungnya Dan Dicuci . Antara Mesin Patik Yang Digunakan.
-Selepas Kelapa Yang Telah Dipatik (dibuang) Tempurung Dicuci , Kelapa Tersebut Diparut Menggunakan Mesin Parut Seperti Gambar Dibawah.
-Selepas Kelapa Diparut , Kelapa Parut Tadi Disaukkan Kedalam Mesin Perah Untuk Mendapatkan Santan.