Translate

Thursday, 14 November 2013

Cara Memproses Santan


Santan kelapa merupakan air perahan dari kelapa tua yang dikukur. Santan mempunyai rasa lemak dan digunakan sebagai perasa yang menyedapkan masakan. Pada masa dahulu, santan akan diperah dari kelapa yang dikukur/diparut dan dicampur dengan air panas sebelum diperah.
Pada masa kini, terdapat mesin pemerah santan bagi memerah santan dengan cara yang bersih, banyak dan pantas. Bagi penggunaan mesin, kelapa yang diparut tidak perlu dicampurkan dengan air, dan pati santan yang terhasil adalah 100% tulen. Terdapat juga santan segera dalam paket yang cuma perlu ditambah air panas sebelum digunakan.Kaedah proses santan yang kami gunakan adalah dengan memilih kelapa yang baik dan dipatik(dibuang) tempurung.Kekuatan syarikat dapat menghasilkan 400kg santan sehari.
Hampas kelapa yang terhasil boleh diproses sebagai makanan haiwan ternakan seperti ikanayam dan lain-lain.



 Antara Kelapa Bulat Yang Digunakan Dalam Proses Membuat Santan .






-Kelapa Yang Telah Dipilih ,Seterusnya Buah Kelapa Dipatik (dibuang) Tempurungnya Dan Dicuci . Antara Mesin Patik Yang Digunakan.

 






-Selepas Kelapa Yang Telah Dipatik (dibuang) Tempurung Dicuci , Kelapa Tersebut Diparut Menggunakan Mesin Parut Seperti Gambar Dibawah.






-Selepas Kelapa Diparut , Kelapa Parut Tadi Disaukkan Kedalam Mesin Perah Untuk Mendapatkan Santan.




10 comments:

  1. salam.. nk tanya, macam mana x nak bagi santan tu cepat basi??

    ReplyDelete
  2. Sy nk tnya .. Bagai mana nk belajar dlm bidang perniagaan ni santan. sy berminat nk ceburi perniagaan ni

    ReplyDelete
  3. Selepas perah terus bungkus, dgn rendam dgn air ais yg sejuk

    ReplyDelete
  4. salam tuan2, kat mane boleh dapat mesin perah santan tu di sekitar selangor.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Whatsapp sy Rose 01163804770 jika berminat ceburi bidang santan..Terima kasih

      Delete
    2. salam puan... sy berminat ingin ceburi bidang santan ini... boleh ke saya pm puan..?

      Delete
  5. Assalamualaikum.. untuk proses santan, adakah kena pastikan kelapa benar2 tua atau boleh guna yg sedan2? Atau dua2 boleh guna? Mohon bantuan nasihat..

    ReplyDelete
  6. salam tuan, macam mana menceburi bidang pemprosesan santan

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum. Ada sesiapa tahu bagaimana make hasilkan Santan kotak?

    ReplyDelete
  8. salam .macam mana nak saya dapatkan supplier santan ye ?

    ReplyDelete