Kerisik ialah sejenis rempah yang dibuat daripada kelapa. Kelapa yang diparut atau dikukur, digoreng (tanpa minyak) dan kemudiannya digiling hingga lumat. Kerisik berwarna coklat gelap dan ia boleh dibuat sendiri atau dibeli dari kedai-kedai runcit. Kerisik digunakan untuk beberapa masakan tradisional seperti rendang dan laksa; penggunaannya amat popular di kalangan masyarakat Melayu di Indonesia dan Malaysia.Kekuatan Syarikat Dapat Menghasilkan 200kg Kerisik Sehari .
Antara Kelapa Bulat Yang Digunakan Dalam Proses Membuat Kerisik .
-Kelapa Yang Telah Dipilih ,Seterusnya Buah Kelapa Dipatik (dibuang) Tempurungnya Dan Dicuci . Antara Mesin Patik Yang Digunakan .
-Selepas Kelapa Yang Telah Dipatik (dibuang) Tempurung Dicuci , Kelapa Tersebut Diparut Menggunakan Mesin Parut Seperti Gambar Dibawah.
-Kelapa Yang Telah Diparut Digoreng Sehingga Garing Mengunakan Mesin Selama 8jam . Untuk 1 Mesin Dapat Mengoreng Sebanyak 50kg Kelapa Yang Telah Diparut .
-Hasil Kelapa Parut Yang Telah Siap Digoreng Selama 8jam .
-Selepas Siap Digoreng Kelapa Parut Yang Telah Garing Tadi Dimasukkan Kedalam Press Mesin Untuk Dijadikan Kerisik .
-Kerisik Yang Telah Siap Diproses
No comments:
Post a Comment